Friday, 20 October 2017

My Rayyan ;-)

☺☺salamualaikum dan Salam Sejahtera semua..☺☺

Pagi ni teringat cam nk intai blog mama, dh bersemut, bersarang lelebah dan segala ber lah blog mama ni, dari trip korea sampai last year trip ke china lngsung tak usik pn blog ni, semua gara-gara sibuk ngan keje, balik umah lak melayan kerenah putera dan puteri2 ku pula.

Sejak dak rayyan dah semakin besar ni keje mama pun semakin banyak, duk melayan kerenah si boboi mama sorang ni..

Inilah satu-satunya putera mama....

Jum kita layan hero mama beraksi depan camera ;-)

RAYYAN HANIF






Thursday, 24 November 2016

Trip Ke Guangzhou - Changsa - Zhangjiajie (Hunan)

Bersarang lelabah dah blog ni, hahahhah takpe lah kan, mama ni sibuk, siang keje, balik keje terus prepare dinner utk anak2 & hubby, so masa yg mama ada tak byk pun utk mengemaskini blog yg senja ni ahahahah.

28hb ni kita g china, mama excited nak pergi sana dah ni..so...kita tunggu waktu tu tiba k....

Wednesday, 9 March 2016

Korea Day 2 - Welli Hilli Ski Resort & Mount Seorak

2 Disember 2015


Selepas breakfast kami di bawa ke Mount Seorak, disebabkan encik hubby takmo naik atas, so kami anak beranak jek naik atas lah ye encik hubby, maka itu...hihihi tlg jaga rayyan kat bawah ni ek..kami2 semua nak menjelajahi mount seorak.encik hubby leh tgk awek2 korea lalu lalang ek.
Selepas penat kami menjelajahi hahahhah ayatttt tak boleh blah...lantak lah kan..blog kita...maka kami semua di bawa ke ski resort...

Masa berada dresort, mmg dah angan2 mat jenin nak ber ski kekonon nya kat sini, ahahahha berlaku ke ghairahan disini, sampai je resort apa lagi, panorama salji memutih membuatkan keinginan membuak2 nak turun bilik, so apa lagi anak2...jummm kita ber ski!!! alamakkkk turun je bilik hujan lah pulak...so segala impian terkubur disini, huhuhu pasrahhhh tapi Allah maha tahu segala galanya.
Malam tu kami ber malam di ski resort, dengan cuaca yg amat sejuk kami keluar bilik untuk dinner, naik bas terketar2 kesejukan, gila sejuk huhuhuhu.Selepas dinner kami terus pulang ke bilik sambil buka tv, haaa hambik ko anak2..layan le chanel korea sampai lebam...

Pagi ni kami bersiap untuk keluar resort dan.Ya Allah...salji pertama kami di sini, sungguh indah anugerah Mu Ya Allah, terima kasih kerana memberi kami peluang untuk menikmati segala anugerahMU...ya...salji pertama kami di sini...Syukur tidak terhingga kami dapat melihat putih dan halusnya salji turun di depan mata kami....jum kita layan gambar2 kami sekeluarga...




































Tuesday, 8 March 2016

Korea Day 1 - Nami Island

1 Disember 2015

Selepas lunch kami semua di bawa ke Nami Island, sepanjang perjalanan ke nami island kami menikmati keindahan bumi korea, sepanjang jalan kami dapat lihat salji yg memutih menyelaputi bumi sonata ni, tak sangka kami dapat kesini, alhamdulillah...syukur kepada MU Ya Allah..dengan izin MU kami disini..ni gara gara pengaruh cite korea le ni, dek kerana layankan kehendak anak anak lah kami disini..hihihi apapun..syukur kami akhirnya berada di sini.Jum layan gambar dulu ek..